Monday, July 25, 2016

RESEPI NASI KERABU KUNING

Nasi kerabu kuning jarang dijual di kedai-kedai. Lagipun saya tidak begitu suka dengan nasi kerabu yang dijual dikedai2 sebab kebanyakan ulamnya tidak cukup set. Ada yang main guna kobis dengan timun je..??? Itu malas namanya.. tak ape la...biarkan..

Namun, saya lebih menyukai Nasi Kerabu Kuning berbanding nasi kerabu hitam (biru) atau nasi kerabu putih. Setiap nasi kerabu mempunyai rasa yang berbeza. Gandingan ulam serta sambalnya ada sedikit berlainan. Terdapat juga sesetengah orang, yang mencampurkan kesemuanya tanpa mengambil kira jenis set nasi tersebut. Bagi lauknya, kebiasaanya memang sama sahaaja, kita boleh hidang nasi tersebut bersama ayam percik, ikan celup tepung, daging bakar serta ayam bakar. Ditambah pula dengan bawang putih jeruk, telur masin, solok lada, keropok dan sambal ikan tenggiri.  Di entry kali ini, saya akan menulis berkenaan resepi nasi kerabu kuning resepi ibunda.

Nasi;
Beras
Kunyit hidup- ditumbuk dan ditapis untuk diambil airnya.
Serai kayu
daun kesum
Serai


Beras ditanak bersama air tapisan kunyit hidup, beserta daun serai kayu, daun kesom, pandan serta serai.

Sambal Tumis

Santan

3 ulas Bawang putih
4 Ulas Bawang Merah
4 Tangkai Cili kering
1 inci Halia
Serai
3 Keping Asam Keping
Garam
Gula

Cara-caranya;

Kisar bawang putih,bawang merah, cili kering dan halia. Tumis semua bahan kisar, kemudian masukkan santan, serai dan asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak.

I will upload the picture later.



 

No comments: