Bukan bermaksud untuk berceramah..tapi sekadar berkongsi apa yang dirasa dan sama-sama mengingati..
Kita selalu merungut sebab tak dapat nak beli baju baru, perfume baru, duit gaji bulanan tak cukup, bonus sikit, nak beli barang rumah tak cukup, tak dapat nak ganti sofa baru, kasut baru tak da. Itu baru sikit, belum lagi tetiba terasa..hmm nak merasa beg Gucci la pulak, atau tak pun, bulan ni sanggup puasa sebab nak kumpul duit beli Iphone baru..huhuhu..nak beli kereta baru nak ada rumah besar..dah ada rumah nak renovate pulak.
Sebenarnya..kalau nak diikutkan apa yang ada in market sekarang ni..kalau bagi sejuta pun tak cukup. Betul...pernah jugak dulu saya berangan ..kalau ada sejuta apa nak buat. Pastu, tetiba..up sikit..sebab sejuta tu macam tak cukup pulak..pastu tetiba up lagi sampai berpuluh juta. Hahahaha...Dasyat..pastu bila tersedar balik..terfikir semula..ishh takutnya kalau betul ada duit macam tu..pastu bazir macam tu jer. Tak pernah cukup. Pernah dengar hadis ...Allah SWT menguji hambanya dengan kekayaan dan kemiskinan. Kalau kita tengok..orang yang diberi kekayaan selalu akan kufur dan mudah menjadi riak, lupa pada Allah. Kalau tersedar balik tak pa la, tapi kalau mati macam tu dalam kekufuran, nauzubillah. Kalau diberi kemiskinan pula, ada yang lebih dekat kepada Allah..tapi tak kurang juga yang menyalahkan takdir Allah SWT kerana kemiskinan yang dilaluinya.
Itu kalau bab-bab kebendaan, belum lagi masuk bab-bab lain macam, kenapa tak dikurniakan anak, kenapa tak dikurniakan pasangan, sampai bila nak hidup sebegitu or sebegini, pastu pulak, persoalkan kenapa dapat anak macam itu, kenapa tak dikurniakan muka cantik macam Jenifer Lopez, kulit tak seputih Nicole Kidman, laki tak hensem macam Maher Zain..bini tak secantik Maya Karin..hmmmm...macam-macam kan??
Tapi apa yang penting, kita sama-sama ingat mengingati sesama kita bahawasanya..dengan adanya Allah SWT sahaja kita sudah lebih mencukupi. Dengan adanya Allah bersama-sama kita, kita tidak akan merasa kesusahan sekiranya diberi kesusahan tersebut. Kerana, sekiranya kita diberi ujian oleh Nya, ini bermaksud kita ada dilihat oleh Allah. Dan Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya. Setiap apa yang berlaku telah pun ditentukan oleh Allah, namun kita disuruh untuk berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa pun yang kita lakukan sehari-harian. Tidak boleh hanya berserah dan mengharap simpati dari orang untuk membantu kita mengubah kehidupan kita. Demi untuk membela nasib umat Islam, kita seharusnya meningkatkan taraf hidup kita dengan menjadi orang yang berjaya demi untuk membantu muslim yang lain. Rezki yang kita dapati ,harus diingat bahawa ianya bukan milik kita, ianya untuk diagih kepada hamba-hamba Allah yang lain. Sebab tu la, kita ditegah dari berbangga-bangga dengan apa yang kita dapat sebab sesungguhnya, semua tu bukan milik kita, not even ourself. we are belongs to Allah...oleh itu, kita seharusnya ingat..hanya Allah yang boleh mencukupi apa yang kita ada sekarang..dan dengan adanya Allah.. lebih dari mencukupi...Dia sentiasa ada bersama kita, sekiranya kita hendak bercakap dengan Allah, bersolat lah..dan sekiranya kita mahu mendengar Allah berkata-kata kepada kita buka la Al-Quran, dan bacalah ia... dan untuk melebatkan lagi rezki yang kita dapat, sedekahlah..dengan cara tu..rezki berganda dan berganda...beserta doa yang tidak putus padaNya..InsyaAllah.Dan jangan lupa, lihat lah sekeliling kita sentiasa, sesungguhnya apa yang allah tunjukkan disekeliling kita adalah untuk kita ambil pengajaran dan pedoman. Untuk kita memperbanyakkan lagi pahala kita dan untuk mengerti dengan lebih mendalam lagi segala kejadian yang Allah terbitkan, tunjukkan dan jadikan didepan mata kita.

Apabila kita belajar bersyukur dengan apa yang kita dapat...hati kita akan lebih tenang...Redha |
No comments:
Post a Comment