Monday, November 24, 2014

RESEPI KETAM : Chilli Fatty Crab

Haaa..harini memang nak bagi share resepi ketam je kalau boleh..gambar time masak tak sempat nak ambil..gambar time nak makan je yang sempat ambil..selalu memamg macam tu la..time masak nak kejar masa je so memang tak ada masa nak snap2 gambar sangat. Janji resepi ada kan...

Ni resepi inspired by restoran Fatty Crab yang kat Taman Megah PJ  or Mr Muscle Crab or Eastern Crab tu..memang selalu makan kat tempat2 situ. Tapi teringin jugak masak sendiri..selalu kalau masak sendiri lagi puas rasanya. 


Bahan-bahan

2 Ekor ketam nipah yang gemok2

4 Ulas bawang putih
4 sudu besar cili boh


4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
2 sudu sos tomato (guna delmonte baru sedap)
2 biji Telur ( tapi saya selalu guna lebih)
Garam
Gula

cili padi hijau kisar/ptong halus

(option je..but I loooove the hotness of the chiilliisss..coz am hot..hahahaa.. so..I mmg akan letak asing so sapa yang tak suka pedas boleh makan..or else..everyone end up being Ning baizura ..hihi )

p/s : kalau ada air rebusan ketam lagi syokk..lagi manis.

Mula-mula tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh, goreng hingga masak, kemudian baru masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, setengah cawan air masak hingga nampak agak pekat kemudian masukkan 2 biji telur..kacau kemudian masukkan ketam. Goreng hingga ketam masak.

Boleh makan dengan nasi goreng or roti bakar.



No comments: