Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan al Mubarak 2012

Mungkin tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada rakan-rakan diluar sana. Baru hari ke-2 kan? :)

Hari pertama puasa...waahh amat bersemangat dan agak cergas walau pun bersahur dengan dengan sebiji kurma dan 2 biji telur masak separuh jer. Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, mama mesti akan buat telur masak separuh everytime nak pergi sekolah. Kalau sahur kt rumah..ermm makan memang meriah. Tapi yang mesti ada, daging bakar cicah dengan kicap dan tomato yang diletak dengan cili padi dan bawang merah yang dimaayang. Errrr.....terliur la pulaakkk...pastu mesti ada sup tulang or sup daging and telur masin.

Hari pertama puasa semalam, sibuk kemas rumah and pergi beli kelengkapan dapur and did my laundry. Alaaa...keja biasa la dalam weekend memang selalu jer macam tu, cuma semalam tu semangat kerajinan lebih sikit. Pergi beli barang dapur, dalam kepala, penuh dengan menu untuk sebulan...hahahaha..

Berbuka pulak, ajak my best friend datang berbuka..asalnya lauk hanya Ikan Siakap bakar cicah dengan sambal kicap meletup, pastu perut rebus dengan air asam dan ulam-ulam *ulamnya selambak dalam pinggan besar* mak aii... Tapi oleh kerana nak merasa kemeriahan ramadhan, kami pergi pulak ke pasar ramadhan yang dekat Taman Melawati * sbb dekat jer ngn rumah* ..mula-mula bersemangat,  sekali ujan lebat ermm..rembat jer apa yang sempat. Gulai ikan keli+ Burung puyuh goreng berempah+ Gulai putih sayur cekur manis+Gulai pucuk paku+ pecal+ pelbagai kuih-muih. Oh noooo... Tu belum campur air yang pelbagai. Sampai-sampai rumah, siapkan meja untuk berbuka..MassyaAllah..punyala tak hengat..meja penuh sepenuh-penuhnya. Kami dah risau takut tak habis..makan punyala makan..sampai sengkak perut. Tapii..masih sedar diri lagi laaa.. Solat maghrib then landing sat kt atas katil sambil bukak cerita psl baju raya *ada hati dah nk cari baju raya..puasa baru sehari*..hahaha..then bila dah azan Isyak terus gerak pi terawih kt Masjid Bukit Antarabangsa..agak ramai jemaah semalam..alhamdulillah...Imam pun memang best semalam, syahdu jer bacaannya. Azam tahun ni nak gi Mosque Hopping...nak pi try rasa solat kt masjid-masjid lain...yer la tiap-tiap tahun mesti kt Masjid B.A tak pun masjid kt ofis jer..itu ajer yang termampu. Harap tahun ni dapat la kut pergi ke masjid-masjid lain pulak. Tapi, saya ni jenis yang suka makan kt rumah..so kalau dr rumah nak pergi ke masjid lain tu..agak jauh laa kut..mungkin boleh ke daerah Gombak pulak kut.

Bila dah solat lapar datang balik, hahaha..ape lagi makan second round. Sudahnya, tidor pukul 2 pagi..sahur terlepas. Adoiii...teringat lak burung puyoh yang kat dalam peti. InsyaAllah dapat recycle makan time berbuka nanti.

Harap-harap kita semua sama mendapat keberkatan dibulan yang mulia ni. Kurangkan pembaziran, ambik iktibar dari yang lepas-lepas........ motif ckp mcm tu?? Sebanarnya..kata-kata tu dituju untuk diri sendiri ..hahaha..InshaAllah moga dapat berjimat-cermat skiti tahun ni. Ok guys..selamat berbuka yerr!!!


No comments: