Monday, July 9, 2012

Setitik Ilmu Selagi diberi Kesempurnaan oleh Allah s.w.t

Lately, i feel so glad bila tengok ramai kawan2 kt facebook posting so many religious stuff on wall just to share. Sometimes, bila kita tengok orang tu macam alim, atau dari kelompok orang-orang alim, timbul rasa untk bertanya tentang kemusyikilan-kemusyikilan yang jarang terkeluar bila kita hadiri ceramah-ceramah lain. Yer la, bila nk bercakap di mikrofon depan hadirin lain, terasa amat malu jika nk dibanding dalam private messsage kat facebook tu.Ramai rakan-rakan di facebook yang telah berhijrah. Suka saya melihat.

Ekoran  dari post saya yang lepas dimana Pernahlah juga saya bertanya pada seseorang tentang sesuatu berkenaan dengan agama, kerana saya ada terkeliru bila dia mengeluarkan satu statement. I was not satisfied, and so I asked my ustazah and ustadz about the statement. Buat research la sikit kononnya. Dah memang naluri seorang researcher, sifat ingin tahu tu membuak-buak. Nak belajar dengan lebih dalam lagi. Jadi, saya tanya la maksudnya pada Abg A ni. Menurutnya ,dia pernah menuntut di Indonesia dan di pondok. Saya amat memandang tinggi orang-orang yang beragama ni. Lebih-lebih lagi pelajar pondok yang memang tahfiz-tahfiz kebanyakannya. Saya pun tahu juga sebab nenek saya juga pernah tinggal di pondok dulu untuk beribadah sebelum dia berpindah ke KL. Dan tiap hari hujung minggu, ayah akan hantar saya untuk menemani nenek di rumah yang dibina dalam kawasan pengajian pondok di Pasir Tumboh tu. Ayah juga ada sorang anak angkat yang diambil dari pondok pengajian agama tu *nama Taufiq..handsome sgt* sambil-sambil disuruhnya mengajar kami mengaji quran dan tasawwuf.  Memang la saya ni tak pandai sangat, tapi bukan la jahil yang amat. Walaupun datang dari keluarga yang modern, tapi ayah saya selalu bercerita tentang agama ni pada kami. Kadang-kadang yang paling seronok bila dia bercerita sambil-sambil meniru sebijik macam suara dan gaya mana-mana ustaz yang terkenal. Jadi, apa yang diceritakanya tu, memang masuk dalam kepala dan saya memang sentiasa ingat. Tapi setelah ayah saya tak sehat, tak banyak yang saya boleh dapat dari dia. Setelah ayah kena strok, dia tak dapat bercakap macam biasa, apatah lagi untuk bercerita bab2 agama ni. Sedih. Kalau la dulu saya tahu ayah akan jadi begini, saya akan ambil peluang sebetul-betulnya untuk bercakap selalu dan bertanya macam-macam pada ayah saya. tapi saya syukur sebab Allah masih lagi bermurah hati dan masih panjangkan usia ayah saya walaupun dia tidak boleh bertutur seperti dulu. Alhamdulillah.

Kini, apabila saya telah berhijrah, saya mula mencari orang-orang yang dapat memberi saya walau setitik ilmu. Setiap ilmu yang saya dapat amatlah bermakna bagi saya.  Tapi dalam kes saya yang ni, pertanyaan yang ditanya pada seorang hamba ni disalah erti, menyebabkan dia merasakan bahawa saya ni nak berdebat dengan nya. Bahkan disuruh saya agar tidak menanyakan apa-apa lagi padanya. Saya bertanyakan padanya perihal taubat. Hmmmm...sayang sekali ianya jadi sebegitu. Saya sangat terkilan. Cuma Allah jer yang tahu apa perassaan saya masa tu. Menangis jugak la bila ada kata-kata dia yang agak tajam. Tak sangka akan jadi begitu. Mungkin juga dia terasa dengan apa yang saya tanya. Walhal, soalan tu hanya sekadar umum untuk bertanya. Soalan saya tidak dijawab pada mulanya . Tapi,  disentuh balik mengenai aurat dan gambar sebelum saya berhijrah dua tahun lepas, saya agak terkejut. Walhal, semua tu telah pon ditukar setting nya. Tapi..entahlah..mungkin nasib saya nak terkena pada masa tu. Tak nak panjang2kan cerita, saya hanya memohon maaf sahaja dengannya. Tanpa berkata apa-apa walau pun dalam hati berkeras untuk mempertahankan maruah sendiri. Tapi takper la..berdiam lagi baik...untuk tidak membuatkan dia lebih marah or terasa... lagipon dia tu jauh lagi tua dari saya..jadi sebab tu saya hormat padanya.

Pada hakikatnya, saya menyukai perubahannya dan juga menyukai dia. Begitu juga orang-orang lain yang meminati dia. Yer la bekas pelakon. Boleh dikatakan ramai la perempuan-perempuan yang meminati dia, termasuklah saya sendiri walau pun saya sebenarnya tak tahu sedikit pon siapa dia pada mulanya.

Tapi disebabkan perihal yang berlaku disebalik tabir facebook tu.. menyebabkan saya dah tak berani untuk menegur atau bertanya apa2 pun lagi padanya. Mungkin juga itu yang dia mahukan. Ada la jugak saya ''like'' pada message-message nya, sememangnya saya ikhlas suka apa yang dipos oleh dia. Tak da maksud lain pun. Saya memang suka tengok rakan-rakan yang telah berhijrah. Selalu yang saya tengok perempuan, jarang jumpa yang lelaki. Semoga dia terus sukses dan terus berjihad untuk Islam dengan berpandukan ajaran yang sebenar-benarnya kerana Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Sape tu yg dmaksudkn....ummmmm...

Azlynn Fauzi said...

:) hamba Allah yang agak famous, handsome yang disayangi dan disukai ramai orang terutama dalam Parti ***. Nuff said..